fbpx

MYAirline: Rundingan bersama bakal pelabur fasa terakhir, bayaran dibuat tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azharuddin dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MYAirline di Subang Jaya, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

SUBANG JAYA – Syarikat penerbangan MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) sedang dalam fasa terakhir berunding dengan bakal pelabur untuk mendapatkan dana bagi membayar semula kerugian kepada pelanggan dan gaji pekerjanya.

Eksekutif Interimnya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, apabila dana telah dikukuhkan iaitu selewat-lewatnya tahun ini, pihaknya akan membuat bayaran segera kepada 135,000 penumpang terjejas serta melunaskan gaji 900 staf MYAirline yang tertunggak.

Bagaimanapun, Azharuddin yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, tidak dapat mendedahkan jumlah ‘key player’ yang terlibat dan berapa banyak dana yang diperlukan untuk menampung kerugian tersebut.

“Berhubung dengan bakal pelabur, MYAirline sedang giat meneroka strategik perkongsian, setelah menerima beberapa cadangan. Semua cadangan ini sedang berjalan penilaian terperinci dan usaha wajar. Rundingan bersama mereka (pelabur) sedang berada dalam fasa terakhir.

“‘It’s just matter of time’ (semua bergantung pada masa sahaja). Apabila kita dapat sahaja dana, kita akan buat semula bayaran ganti rugi, membayar gaji pekerja dan melakukan proses membiayai semula.

“Perbincangan dengan pemajak juga sedang diteruskan untuk mengekalkan pesawat kami. Kami akan mengumumkan kepada para media sebaik sahaja kami mendapat perkembangan terkini berkaitan pemberi pajak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MYAirline, di sini hari ini.

Azharuddin berkata, setakat ini pihaknya menerima 18,000 emel berhubung proses bayaran balik anggaran lebih RM22 juta kepada semua penumpang yang terjejas akibat penggantungan operasinya baru-baru ini.

“Kami sedang melakukan terbaik untuk memperhalusi proses tersebut. Kami memohon maaf kerana tidak bersikap lebih telus dengan pelanggan mereka sehingga menyebabkan ribuan terkandas di lapangan terbang baru-baru ini.

“Kami mengakui dan memahami kekecewaan yang dialami oleh penumpang kami. Keadaan ini timbul kerana kekurangan pelan kontingensi kami, ditambah lagi dengan penarikan pelabur saat akhir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azaharuddin berkata, tabung ihsan telah diwujudkan oleh Bahagian Sumber Manusia syarikat penerbangan tersebut bagi menghulurkan bantuan kepada staf yang memerlukan

Katanya, setakat ini daripada 900 staf MYAirline seluruh Malaysia, seramai 207 pekerja telah mendapat RM100 seorang menerusi tabung tersebut yang akan diteruskan lagi pada masa terdekat.

Terdahulu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya bermula Khamis lalu (12 Oktober) sehingga diberitahu kelak.

Menurutnya, tekanan kewangan yang ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Susulan penggantungan operasinya secara mengejut tanpa sebarang notis itu, ia membangkitkan rasa marah dalam kalangan ratusan ribu penumpang yang telah terjejas pada hari tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI