fbpx

Makanan sedarkan kita betapa nikmatnya makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makanan itu memang satu rezeki tetapi direzekikan untuk makan juga nikmat yang patut disyukuri. Ini kerana, berapa ramai manusia yang kini terlantar tidak boleh makan atau menyuap makanan seperti kebiasaan, terpaksa berpantang makan kerana penyakit mahupun kebulur kerana sukar jumpa makanan.- gambar hiasan

Selamat Hari Makanan Sedunia! Mungkin tidak ramai sedar bahawa hari ini, 16 Oktober ialah Hari Makanan Sedunia (World Food Day). Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menyambut Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober setiap tahun yang merujuk hari penubuhan pertubuhan itu pada tahun 1945.

Makanan adalah keperluan asas manusia. Dalam al-Quran juga terdapat surah Al-Maidah yang bermaksud hidangan.

Pesan pujangga, seseorang itu sekurang-kurangnya patut bersyukur hari ini jikalau masih ada makanan di atas meja.

Cakap pasal makanan, macam-macam makanan ada di dunia ini. Daripada makanan utama, pencuci mulut dan kudapan, semua makanan lazat belaka tambah lagi kita di Malaysia ini yang dikurniai makanan yang enak-enak bahkan di ranking pertama seperti roti canai yang mengungguli carta makanan jalanan tersedap dunia.

Tular juga ‘minah saleh’ yang ‘marah-marah’ baru-baru ini apabila makanan Malaysia dikatakan terlalu sedap sampai mempengaruhi tunas rasa lidahnya dan terbawa-bawa sehingga membandingkan makanan Malaysia dengan makanan lain di setiap negara yang dikunjunginya. Dahsyat!

Bila terpandang makanan, kita bukan sahaja menyedari makanan itu sendiri adalah satu rezeki tapi direzekikan untuk makan juga nikmat yang patut disyukuri. Berapa orang hari ini yang terlantar sakit tidak boleh menyuap makanan atau makan seperti kebiasaan dan berapa ramai di antara kita yang sekarang terpaksa berpantang makan atau ‘memilih’ makanan kerana penyakit tertentu seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain.

Itulah bahananya bila kita lupa bahawa makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Jangan sampai nikmat bertukar musibat, manfaat bertukar mudarat.

Tambah lagi, ada juga yang tidak dapat merasa nikmat makan disebabkan dibelenggu kebuluran tidak mendapat makanan. Sedarkah kita bahawa ratusan juta penduduk dunia hari ini masih menderitai kebuluran?

Berdasarkan laporan terkini Keselamatan Makanan dan Nutrisi Dunia (SOFI), kira-kira 735 juta orang di seluruh dunia berdepan kebuluran kronik, sekali gus mengancam kemajuan ke arah matlamat global untuk menamatkan masalah berkenaan menjelang 2030.

“Kami lihat isu kebuluran terus stabil pada kedudukan yang tinggi, fenomena ini satu berita buruk,” kata Ketua Ekonomi FAO, Maximo Torero Cullen.

Apa yang lebih penting, saat kita di Malaysia mungkin terpalit krisis makanan seperti beras misalnya, penulis percaya kita semua masih makan nasi hari ini dan ujian kita tidaklah sebesar ujian saudara-saudara kita di Palestin yang bukan sahaja diputuskan bekalan air, elektrik bahkan makanan.

Tindakan kejam Zionis mengepung sepenuhnya Gaza dan menyekat bekalan air, elektrik dan makanan dilihat banyak pihak bahawa Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perangnya terhadap rakyat Palestin.

Apakah saudara-saudara seagama kita di sana sudah makan hari ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI