fbpx

Mahkamah: Dua sahabat dituduh edar 20 kg ganja berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azlan Shah (tiga dari kiri) dan Falizan Faris (dua dari kiri) diiringi polis sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Dua sahabat berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar 20 kilogram (kg) dadah jenis ganja, awal bulan ini.

Kedua-dua tertuduh iaitu Mohamed Azlan Shah Abdul Jaafar, 26, dan Falizan Faris Mohamad Fadzli, 27, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Ana Rozana Mohd. Nor.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamed Azlan dan Fazlizan yang masing-masing bekerja sebagai buruh am sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelayan bar.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa mengedar 20 kg ganja yang disembunyikan di dalam sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun di Arau, dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang, 4 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI