fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kakitangan awam Britain enggan kibar bendera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan 10 Downing Street di London. - AFP

LONDON – Kakitangan awam di Britain enggan mematuhi arahan Downing Street untuk mengibarkan bendera Israel pada bangunan kerajaan kerana tindakan itu dianggap menyebelahi sebelah pihak, lapor akhbar Daily Express semalam.

Pejabat Dalam Negeri memasang bendera Israel Isnin lalu, manakala Setiausaha Kesihatan, Steve Barclay mengambil masa sehingga Rabu lepas untuk memujuk penjawat awam supaya mematuhi arahannya.

Bendera itu kemudian diturunkan sekali lagi, bertentangan dengan arahan Barclay.

“Bendera Israel diturunkan oleh pegawai-pegawai. Kami sedang cuba mengibarkannya kembali,” kata seorang sumber.

Pejabat Perdana Menteri Britain memulakan langkah mengibar bendera Israel di Downing Street serta mengarahkan semua bangunan kerajaan agar mengikuti langkah itu.

Seorang sumber Whitehall, yang menempatkan bangunan-bangunan pejabat kerajaan berkata, meskipun Hamas melancarkan serangan, terdapat banyak bantahan daripada pihaknya terhadap idea untuk mengibarkan bendera Israel.

“Tujuan asalnya adalah sebagai solidariti kepada mangsa-mangsa. Namun, ada kakitangan kerajaan yang bersimpati kepada perjuangan penduduk Palestin,” katanya. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI