fbpx

Konflik Palestin-Israel: Amerika hantar armada gempur kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 2 Julai 2013 menunjukkan kapal pengangkut pesawat USS Dwight D, Eisenhower(CVN 60). – AFP

WASHINGTON – Pentagon mengerahkan kumpulan gempur kapal induk kedua bersama sejumlah jet pejuang ke timur Laut Mediterranean ketika Israel bersiap sedia untuk melancarkan pencerobohan ke Semenanjung Gaza, lapor saluran berita CNN kelmarin.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin dalam satu kenyataan berkata, kapal-kapal itu  tidak akan menyertai pertempuran di Gaza atau mengambil bahagian dalam operasi Rejim Zionis.

Sebaliknya, kehadiran dua armada paling kuat Tentera Laut AS itu adalah sebagai mesej pencegahan kepada Iran dan proksinya seperti Hizbollah di Lebanon.

“Kerahan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menghalang tindakan bermusuhan terhadap Israel atau sebarang usaha ke arah meluaskan perang ini berikutan serangan Hamas ke atas Israel,” kata Austin.

Kumpulan kapal pengangkut pesawat pertama yang diketuai USS Gerald R. Ford, tiba di luar pantai Israel minggu lalu.

Kini, kumpulan gempur USS Dwight D. Eisenhower  yang dikerah  dari Norfolk, Virginia pada Jumaat lalu, sedang menuju ke timur Mediterranean.

“Tidak jelas berapa lama Ford akan ditempatkan di rantau itu sejurus kumpulan Eisenhower tiba,” kata seorang pegawai pertahanan AS kepada CNN.

USS Eisenhower akan disertai oleh beberapa kapal kruzer dan dua kapal pemusnah peluru berpandu, demikian menurut kenyataan Austin.

USS Eisenhower boleh membawa lebih 60 pesawat termasuk jet pejuang F/A-18, manakala USS Ford boleh membawa lebih 75 pesawat. – AGENSI 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI