fbpx

Konflik Israel-Palestin: Bekalan air ke selatan Gaza disambung semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK mengambil air di kem pelarian Rafah, selatan Semenanjung Gaza semalam. – AFP

TEL AVIV – Israel menyambung semula bekalan air ke selatan Gaza, kata Menteri Tenaga, Israel Katz kelmarin selepas sejuta penduduk berpindah dari utara Semenanjung Gaza untuk menyelamatkan diri daripada serangan udara besar-besaran Rejim Zionis.

“Tindakan ini akan memaksa penduduk Gaza berpindah ke selatan Semenanjung,” kata Latz dalam satu kenyataan, seminggu selepas Israel berhenti menyalurkan air ke seluruh wilayah Palestin berkenaan sebagai sebahagian daripada ‘kepungan menyeluruh’.

Dia berkata, keputusan untuk menyambung semula bekalan dilakukan selepas rundingan antara Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Pejabat Daerah Beni Suheila di selatan Gaza kemudian mengesahkan bahawa bekalan air di kawasan itu telah disambung semula.

Israel melancarkan kempen serangan udara besar-besaran ke atas Hamas di Gaza selepas pejuang-pejuangnya melakukan serangan yang menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh di Israel pada 7 Oktober lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI