fbpx

ESSCOM patahkan 40 kes culik tebusan Abu Sayyaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan Menteri Dalam Negeri di Pusat Latihan Rela Sabah, Tuaran hari ini. Foto oleh IVAN AMIRUL /KOSMO!

TUARAN – Sebanyak 40 kes culik tebusan berjaya ditumpaskan membabitkan kumpulan Abu Sayyaf sejak 2017 hingga 2023.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, statistik berkenaan adalah antara kejayaan sejak penubuhan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Fungsi ESSCOM adalah meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai timir Sabah.

“Impaknya penubuhan ESSCOM itu juga dapat dilihat daripada peningkatan kehadiran pelancong yang kian memberangsangkan dan dianggarkan seramai 156,363 pelancong asing telah memasuki lima destinasi pelancongan dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) berdasarkan rekod kemasukan pelancong dari Januari hingga September 2023.

“Ia termasuklah Kudat, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan Semporna,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan Menteri Dalam Negeri di Pusat Latihan Rela Sabah hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 6,473 pemeriksaan terhadap orang, kenderaan dan premis dilaksanakan oleh ESSCOM, manakala 107 orang ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan kes Pati, dadah serta penyeludupan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI