fbpx

Dua lelaki lemas dalam tasik Bandar Puteri Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui lemas dalam tasik tersebut.

KLANG – Dua lelaki ditemui lemas dalam tasik Bandar Puteri di sini, tengah malam tadi.

Kedua-dua lelaki dikenali Rajakumar dan Saravanan masing-masing berusia 29 dan 30 tahun ditemui kira-kira pukul 12 tengah malam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.07 malam.

Katanya, turut menyertai operasi mencari dan menyelamat adalah lapan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

“Kedua-dua mangsa berjaya ditemui pada jarak 10 meter dari tebing dengan kedalaman dua meter.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.

Jelas beliau, operasi ditamatkan kira-kira pukul 12.40 pagi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI