PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda negeri-negeri Pantai Timur serta beberapa kawasan lain di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Sementara itu, beberapa tempat di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan turut diramal mengalami hujan lebat.
“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat, Kudat, Pedalaman, Sandakan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Tawau,” katanya.
Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE