fbpx

CAAM gantung sementara sijil pengendali operasi udara MYAirline

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, penggantungan sijil pengendali operasi udara itu dibuat di bawah Peraturan 193(3), Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 selama 90 hari sementara menunggu siasatan lanjut.

Jelasnya, antara aspek utama dinilai untuk pemberian dan pembaharuan AOC adalah kemampuan pihak pengendali operasi udara menjalankan pengoperasian selamat dan selaras peruntukan spesifikasi operasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN