fbpx

Aset, anggota ATM siap siaga situasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuat persiapan dan bersiap sedia untuk menghadapi situasi banjir akibat cuaca monsun yang dijangka melanda bermula November hingga Disember ini.

Kementerian Pertahanan melalui satu kenyataan hari ini berkata, ATM melalui markas-markas formasi di seluruh negara bersedia mengatur gerak anggota dan aset-asetnya khususnya di kawasan-kawasan berisiko tinggi dan sering dilanda bencana alam akibat fenomena musim tengkujuh.

“Persiapan tersebut merangkumi kekuatan anggota dan aset ATM yang mencukupi serta boleh digerakkan dalam masa yang singkat dan pada bila-bila masa yang diperlukan.

“Pihak ATM sentiasa bersedia melaksanakan tugas sekundernya untuk bersama-sama agensi-agensi awam yang lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan setiap agensi berkaitan menerusi Operasi Murni (OP Murni),” jelasnya.

Tambah kenyataan itu lagi, kerjasama juga turut meliputi aspek perancangan dan koordinasi tindakan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diwujudkan di setiap daerah bagi memastikan segala bentuk bantuan dan operasi berjalan dengan lancar.

“ATM akan terus memberi tumpuan terhadap operasi banjir di kawasan-kawasan terjejas merangkumi tiga fasa utama iaitu atur gerak OP Murni iaitu Pra-Aturgerak Banjir (sebelum), Semasa Banjir dan Pasca Banjir (selepas).

“Demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan rakyat, Mindef dan ATM akan tetap bersama dan sentiasa bersedia menghulurkan khidmat bakti,” jelasnya.

Selain daripada itu, Kementerian Pertahanan turut melaksanakan perancangan khususnya operasi pasca banjir di negeri-negeri terlibat serta akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai sebarang operasi berkaitan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI