fbpx

Sibuk dengan bola sepak, ND Lala diminta ‘back up’ Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ND Lala sibuk dengan sukan bola sepak yang membuatkan netizen tidak senang duduk memintanya campur tangan berhubung konflik dalaman keluarganya.

PETALING JAYA – Dilihat berkecuali dari medan perang melibatkan bekas isteri dan anak-anaknya, nama penyanyi Datuk ND Lala yang bertahan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kini mula dipetik netizen.

Bahkan, seluruh keluarga bertelingkah antara satu sama lain, penyanyi terkenal era 1980-an hanya sempat berpesan agar mementingkan adab.

Beliau juga meminta segala komen yang ditinggalkan Instagramnya hanya berkisar tentang sukan bola sepak (merujuk perkongsian gambar bersama dua pemain bola profesional tanah air).

“Tajuk perbualan di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain melalui sukan.

“Terima kasih kerana memberi komen baik dan mengekalkan adab budaya kita,” tulisnya dalam hantaran sukan kegemarannya itu beberapa hari lalu.

Tidak puas hati dengan pendekatan selamat yang diambil, ada dalam kalangan netizen mula menasihatkan artis veteran itu supaya tampil menjadi penyelesai masalah dan menjalankan sebagai bapa, biarpun sudah bercerai dengan ibu anak-anaknya.

“Saya rasa Shila sangat memerlukan bantuan awak. Kebahagiaannya hancur lagi-lagi dengan kata-kata maknya yang tidak mahu memaafkan,” kata peminat.

“Rasanya pak cik boleh bersatu dengan Shila Amzah. Lagipun dia tidak melenting masa pak cik berkahwin lain,” ujar pengikut.

Dari satu sisi lain, sikap berdiam diri pelantun lagu Diari Y.B itu menjadikan dirinya sasaran netizen melepaskan geram atas segala kecamuk dalam hidup anak-anaknya.

“Keluarga kucar-kacir, anak bergaduh tetapi masih ‘steady’. Memang ketua keluarga terbaik,” tulis netizen.

“Menjawablah nanti di alam barzakh dan akhirat sebabkan kau keluarga porak-peranda. Kasihan anak sulung dan bini yang menanggung perbuatan kau,” sindir pengikut lain.

Sejak beberapa hari lalu, platform media sosial kecoh dengan sesi berbalas kenyataan anak-anak ND Lala berpunca daripada isu penjualan rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI