fbpx

Selangor antara 11 negeri dijangka hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan kejadian hujan bakal berlaku di beberapa buah negeri, pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan laman sesawang memaklumkan hujan akan melanda di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Di Semenanjung, hujan diramal berlaku satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Namun begitu, tiada hujan diramal bakal berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya dalam hantaran.

Menurut laporan sama, ribut petir juga dijangka berlaku di beberapa tempat di WP Labuan, manakala ribut petir di satu dua tempat di Pendalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.

“Selain itu, hujan diramal berlaku satu dua tempat di Kudat, Kuching, Serian dan Samarahan.

“Bagi Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pula diramal tiada hujan bakal berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI