fbpx

Rakyat Malaysia kongsi no PIN dengan kawan rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tahap celik kewangan digital rakyat Malaysia dilihat masih berada pada tahap rendah, menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abd. Rahman Abu Bakar.

“Lebih satu pertiga berkongsi kata laluan dan/atau nombor PIN akaun bank mereka dengan kawan rapat.

“Rakyat Malaysia juga, terutamanya belia, terdedah kepada risiko terpedaya membenarkan akaun digunakan untuk aktiviti scam,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Program eDuit Desa Jom Cashless Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam, semalam.

Program berkenaan dilancarkan serentak dengan Program Literasi Kewangan Digital, yang dianjurkan bersama Majlis Daerah Sabak Bernam, BNM, Hong Leong Bank, PayNet dan Jaringan Pendidikan Kewangan, atau ‘Financial Education Network’ (FEN).

Mengulas mengenai fi transaksi yang bakal dikenakan oleh penyedia perkhidmatan DuitNow QR, Abd. Rahman menjelaskan, industri telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan kesan sebarang fi transaksi ke atas perniagaan.

“Contohnya, bank-bank utama dan beberapa penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengecualikan fi transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.

“Sesungguhnya, matlamat Bank Negara Malaysia, bersama dengan institusi-institusi sektor kewangan, adalah untuk memastikan kemudahan e-pembayaran dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira di bandar atau luar bandar.

“Ia merupakan pilihan pembayaran yang selamat, senang dan segera,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI