fbpx

Pemuda nyaris lemas, kereta terbabas masuk tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung membantu menarik kereta dipandu mangsa ke tebing tali air di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumboh, Kota Bharu hari ini.FOTO IHSAN BOMBA SUKARELA

KOTA BHARU – Seorang pemuda nyaris lemas selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu sempat keluar dari kereta jenis Perodua Kelisa dipandunya sebelum berenang ke tebing tali air untuk mendapatkan bantuan.

Pengerusi Bomba Sukarela, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Noh Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 2.18 petang tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia melihat mangsa sudah berada di tebing tali air selepas berenang keluar dari keretanya.

“Kereta itu dipercayai tenggelam pada paras kedalaman 1.5 meter ke dasar tali air.

“Berdasarkan maklumat, mangsa yang bekerja sendiri sedang dalam perjalanan dari Kubang Kerian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Derdap, Pasir Tumboh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Noh memberitahu, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air itu.

Menurutnya, dia bersama-sama penduduk kampung kemudiannya membantu menarik kereta tersebut ke tebing tali air. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI