MANIS dan sejuk mata memandang melihat penampilan pelakon berkaliber, Vanidah Imran dalam keadaan berhijab dan sopan ketika menghadiri sebuah majlis agama baru-baru ini.
Tambah berseri-seri pesona dan aura pelakon jelita itu ketika memakai hijab. Ingat lagi, sebelum ini Diva pernah menemu bual Vanidah dan bertanyakan soalan tentang keterbukaan hatinya untuk berhijab suatu hari nanti.
Kata Vanidah, dia mengakui masih belum bersedia untuk berhijab kerana bimbang hatinya akan meronta-ronta sekiranya mengambil keputusan untuk menutup aurat serta-merta.
Tapi jujur Diva cakap, Vanidah kelihatan lebih manis dan cantik dengan imej begitu. Tapi bab nak berhijab ini tidak boleh dipaksa-paksa, takut pula hati tidak ikhlas.
Perkongsian Vanidah bersama beberapa rakan artis ketika menghadiri majlis ilmu turut mendapat respons positif daripada pengikutnya.
Senada dengan Diva, rata-rata netizen memuji Vanidah kelihatan lebih anggun dan jelita dengan imej berhijab.
DIVA: ‘Pedas’ betul teguran penyanyi Aishah terhadap Azwan Ali apabila meminta pengacara sensasi itu menjaga tutur katanya.