fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kami akan mati kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki duduk bersama kanak-kanak di atas tilam ketika berlindung di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, semalam. – AFP

BANDAR GAZA – Beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di selatan Semenanjung Gaza dengan ada yang dilihat tidur bertilamkan tanah dan berbantalkan lengan selepas diarah meninggalkan utara wilayah tersebut oleh rejim Zionis.

“Situasi kami amat tragik. Tiada makanan dan minuman yang mencukupi. Kami tidak tahu sama ada kami semua akan mati di sini atau akan dipaksa pergi ke Mesir.

“Jika kami pulang ke rumah, ia mungkin telah musnah,” kata seorang pelarian, Ahmed Abu Shaar, yang merupakan bapa kepada 13 anak.

Israel kelmarin mengarahkan 1.1 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di utara Gaza agar berpindah ke selatan menjelang serangan darat yang bakal dilakukan askar Zionis pada bila-bila masa.

Di Hospital Nasser di Khan Yunis, beribu-ribu pelarian berkumpul di laluan dan lorong bangunan mencari makanan, air dan tempat tidur, demikian menurut wartawan AFP.

“Kami tiada makanan dan tidak boleh tidur. Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya menyerahkan semuanya kepada Allah. Hidup dan mati adalah di tangan Allah,” kata Jumaa Nasser.

Di luar hospital, keluarga-keluarga duduk di atas tanah dengan ramai kanak-kanak menangis.

Kakitangan perubatan pula ‘berperang’ dengan keletihan kerana mereka perlu bekerja sepanjang masa di tengah-tengah serangan Israel tanpa henti.

Askar Israel semalam berkata bahawa ia akan memberi masa enam jam sehari untuk mengosongkan Gaza, walaupun tidak jelas selama berapa hari keadaan itu akan berlangsung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI