fbpx

Konflik Palestin-Israel: Keadaan pasukan Malbatt di Lubnan dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kerajaan mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga serta memantau keadaan rakyat Malaysia di Lubnan termasuk pasukan pengaman Malbatt yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) berikutan konflik Palestin-Israel.

Wisma Putra berkata, tindakan itu dibuat ekoran situasi konflik yang berterusan di mana kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan.

“Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, kerajaan turut memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan.

“Ia sebagai langkah pro-aktif Kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.

“Selain Malaysia, Kedutaan Besar United Kingdom dan Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Beirut telah menghantar pulang ahli keluarga mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI