fbpx

Khairul Aming sumbang RM100,000 hasil jualan sambal untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Aming

PETALING JAYA – Usahawan yang juga pencipta kandungan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming menyumbang RM100,000 hasil jualan produk Sambal Nyet kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) dalam membantu penduduk di Palestin yang ditindas Israel.

Menerusi video dimuat naik di media sosial, Khairul Amin turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama menyumbang ke tabung CGM yang mana ia disasarkan untuk mengutip kira-kira RM10 juta.

“Hari ini kita salurkan RM100,000 daripada Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di sana. Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni.

“Dalam masa sama, saya nak bantu untuk penuhkan ‘crowdfunding’ RM10 juta yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan mencari dan menyelamat serta lain-lain lagi.

“Buat masa sekarang dah RM6 juta lebih terkumpul. Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk. Jadi jom kita ajak ramai-ramai untuk penuhkan tabung ini,” katanya pada hantaran dimuat naik hari ini.

Khairul Amin juga berharap orang ramai meneruskan doa demi keselamatan dan perjuangan rakyat Palestin.

“Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau. Yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan kesedaran sebanyak yang mungkin. Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan,” ujarnya.

Sementara itu, CGM menerusi akaun rasmi X turut berterima kasih kepada Khairul Amin atas sumbangan tersebut.

CGM adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI