fbpx

Kalau saya, adik-beradik haram tinggal bersama – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHAEL ANG

PETALING JAYA –  Pengarah sensasi, Michael Ang menyarankan penyanyi Shila Amzah menyediakan kediaman lain hanya untuk didiami ibunya seorang, Fauziah Sarman.

Michael berkata, jika situasi sama berlaku dalam keluarganya, dia akan meletakkan syarat adik-beradik lain hanya boleh datang melawat, bukan tinggal sebumbung.

“Kalau saya, saya jual banglo RM2 juta beli kondominium mewah bagi mak duduk dan aku bagi juga seorang bibik (pembantu rumah).

“Bil utiliti semua ditanggung cuma dengan satu syarat, hanya mak sahaja boleh duduk. Adik-adik lain diharamkan bermalam atau tinggal di kondominium itu.

“Kalau mahu datang tengok mak dibenarkan. Pandai ke tidak?,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Menurut Michael yang sememangnya lantang mengulas isu berkaitan dunia hiburan, paling penting hartanah baharu itu akan didaftarkan atas nama sendiri.

“Tetapi kondominium itu nanti atas nama saya. Kalau saya mati dulu, rumah tu akan jadi anak saya punya tapi dia tak boleh jual atau buat apa-apa selagi mak masih hidup,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula rata-rata pengikut bersetuju dengan saranan tersebut malah percaya penyanyi Patah Seribu itu jugak mempunyai perancangan sama tetapi ditentang dua adiknya, Amir Syafiq dan Syada.

“Rasanya itu perancangan dia (Shila), tetapi keliling mak dia yang menyalak siap suruh tukar nama rumah tu kepada nama mak dia. Meroyan ada adik-adik macam tu, kemaruk harta kakak,” kata netizen.

“Memang itu dia nak buat tapi nak buat macam mana mak pun macam macam selesa duduk banglo, macam tak nak kondominium. Tak kesian langsung anak tu bayar bil bulanan, bukan murah,” kata seorang pengguna akaun lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI