fbpx

Euro 2024: Mbappe bawa Perancis ke Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE- AFP

AMSTERDAM – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengakui, kemenangan mampu menjadi milik pasukannya sekiranya Kylian Mbappe beraksi pada tahap sebenarnya.

Ternyata ia benar apabila penyerang prolifik Paris Saint-Germain itu meledak dua gol untuk membantu Les Bleus menewaskan Belanda 2-1 di Johan Cruyff Arena awal pagi semalam.

Kemenangan itu melayakkan bekas juara dunia 2018 itu ke pusingan akhir Euro 2024 di Jerman Jun tahun depan walaupun masih mempunyai baki dua aksi dalam kempen kelayakan Kumpulan B.

“Apabila dia (Mbappe) bermain seperti ini, peluang amat cerah untuk Perancis memenangi perlawanan. Sekarang kami sangat gembira kerana aksi kelayakan sudah dalam tangan kami,” kata Deschamps.

Dalam aksi itu, Mbappe meledak dua gol pada minit ketujuh dan 53, manakala Belanda meraih jaringan sagu hati menerusi Quilindschy Hartman di penghujung perlawanan.

Bintang berusia 24 tahun itu sepatutnya mampu meledak hatrik, tetapi percubaannya terkena tiang gol, namun tidak menjejaskan peluang Perancis yang kini menerajui carta Kumpulan B dengan enam mata ke atas Greece di tangga kedua.

Dua gol daripada Mbappe juga menyaksikan dia kini merampas kedudukan legenda Perancis, Michel Platini sebagai penjaring keempat terbanyak sepanjang zaman negara itu dengan rekod 42 gol.

Selepas ini, Les Blues akan bermain perlawanan persahabatan dengan Scotland di Lille pada Rabu ini sebelum melengkapkan dua aksi kelayakan terakhir menentang Gibraltar dan Greece bulan depan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI