fbpx

Euro 2024: Magis Ronaldo masih belum pudar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak dua gol ketika menentang Slovakia sekali gus mengumpul 125 gol bersama Portugal dan membantu pasukan itu ke pusingan akhir Euro 2024. - AFP

PORTO – Pengendali Portugal, Roberto Martinez menghamburkan pujian tinggi kepada kaptennya, Cristiano Ronaldo yang menunjukkan persembahan tanpa menghiraukan usia sebenarnya yang menjangkau 38 tahun.

Biarpun dianggap ‘kuda tua’, tetapi Ronaldo tetap cemerlang apabila dua golnya berjaya memacu Portugal layak ke pusingan akhir Euro 2024 menerusi kemenangan 3-2 ke atas Slovakia di Estadio do Dragao awal pagi semalam.

Ia merupakan koleksi gol antarabangsa ke-125 buat Ronaldo dalam 202 penampilan bersama Portugal sejak membuat debut pada 2003.

“Ronaldo sedang menikmati permainan terbaiknya. Saya memberikan banyak minit permainan kepadanya dan dia membalasnya dengan gol demi gol buat pasukan.

“Dia seorang yang berpengalaman luas dalam pasukan kebangsaan. Dia merupakan contoh terbaik kepada generasi muda negara ini,” kata Martinez.

Satu lagi jaringan Portugal dalam aksi itu dijaringkan oleh Goncalo Ramos, manakala Slovakia pulang dengan tangan kosong walaupun meledak dua gol melalui David Hancko dan Stanislav Lobotka.

Keputusan itu menyaksikan Portugal yang pernah menjuarai Euro 2016, merekodkan kemenangan 100 peratus daripada tujuh aksi kelayakan untuk mendahului carta Kumpulan J dengan 21 mata.

Biarpun masih berbaki tiga perlawanan tetapi Portugal sudah tidak boleh dipintas oleh lawan-lawan lain dengan satu lagi slot Kumpulan J menjadi rebutan antara Slovakia, Luxembourg dan Bosnia-Herzegovina .

“Kami sebenarnya sudah memenangi perlawanan ini di separuh masa pertama lagi. Jadi saya sangat berpuas hati untuk keputusan dalam tujuh perlawanan ini,” jelas Martinez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI