fbpx

‘Auntie Purple’ naik angin dituduh acah-acah sertai himpunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian.

PETALING JAYA – Pempengaruh, Auntie Purple panas hati dengan kelakuan segelintir pengguna laman sosial yang memperlekeh tindakannya menyertai himpunan aman di Masjid Negara di ibu negara baru-baru ini.

Menerusi komen yang ditinggalkan di TikTok, pengguna media sosial memerli wanita tersebut yang dikatakan ‘acah-acah’ menyertai himpunan tersebut yang dianjurkan pada Jumaat lalu.

“Saya jarang nak marah, tapi geram betul dengan sikap awak ini (netizen). Suka hati sayalah, saya bukannya minta duit awak untuk tambang LRT (tren),” jawabnya menerusi komen yang diterima.

Auntie Purple kemudian membawa lensa kamera menyoroti seorang lelaki berbangsa India dengan harapan dapat menyedarkan diri mereka yang mengejek.

“Pak cik ini bukannya Islam, tetapi dia datang sini sampai habis (selesai) untuk ‘support’ (sokong) Palestin.

“Awak cakap macam itu pada saya, malulah awak sebagai orang Islam. Berhimpun dan tunjukkan solidariti, jangan pula tunjuk ‘mereng’,” ujarnya.

Auntie Purple turut menyokong kenyataan Cik Fina yang meninggalkan komen pada klip video sebelum ini.

“Kita cetek agama, tak apa tetapi sekurang-kurangnya bertimbang rasa,” kata Cik Fina menerusi ruangan komen.

Dia turut berpesan kepada orang ramai supaya menjaga lidah dan jari daripada menyakiti orang lain.

Rata-rata pengguna media sosial turut memberikan komen menyokong Auntie Purple di video klip tersebut.

“Ayat ‘terpaling Palestin’ macam ni memang pentingkan diri sendiri. Kalau tiada orang bela Palestin, memang sampai kiamat mereka ditindas!” kata Mamo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI