PETALING JAYA – Biarpun sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab memimpin negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mencari kesempatan meluangkan masa melayan anak dan cucu.
Menerusi video dimuat naik malam tadi, Anwar dilihat menyanyi sambil melayan cucunya, Nurul Isra Mitsuki yang juga anak Nurul Ilham.
“Manis, manis, manis bukannya gula sayang. Manislah lagi senyummu Isra,” katanya mendendangkan lagu kepada bayi tersebut.
“Baru ada masa sikit dengan cucu,” tambah beliau menerusi kapsyen pada video itu.
Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada rakyat selain mereka memuji Anwar yang tetap meluangkan masa dengan keluarga walaupun kesibukan jadual sebagai Perdana Menteri.
Dalam masa sama, ramai yang ‘geram’ serta memuji kecomelan Nurul Isra Mitsuki.
“Masa untuk keluarga itu sangat penting,” kata Halim Nnine.
“Masa yang sangat berharga bersama cucu. Suatu momen yang manis, sedap lagu tu Datuk Seri,” puji Ukhty LizaHaza.
“Comelnya cucu PMX. Semoga Allah SWT lindungi dan pelihara PMX serta keluarga daripada fitnah, kezaliman dan perangai keji manusia yang rakus serta tamak,” kata Ct Maimunah Abu Hassan. – KOSMO! ONLINE.