fbpx

Selangor mungkin umum bonus kepada penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah depan) pada sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Selangor di Kuala Langat. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA LANGAT – Kerajaan negeri berkemungkinan akan mengumumkan bonus kepada kakitangan awam Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bagaimanapun pengumuman tersebut akan dibuat berdasarkan pretasi kutipan hasil kerajaan negeri.

Katanya, setakat Ogos lalu didapati kutipan negeri adalah sebanyak RM2.25 bilion berbanding sasaran awal RM2.05 bilion iaitu melebihi RM200 juta.

“Biasanya, kita melihat kepada pencapaian (kutipan hasil). Alhamdullillah, tahun ini hasil kita masuk bulan Ogos sudah mencapai sasaran.

“Saya percaya penjawat-penjawat awam negeri Selangor wajar menerima insentif yang setanding dengan pencapaian mereka.

“Namun angka RM2,000 (insentif Bajet 2024 Persekutuan) banyak melegakan ibu bapa terutamanya penjawat-penjawat awam terutama berdepan dengan masuk sekolah bulan Februari dan persediaan Hari Raya Aidilfitri pada bulan tiga atau bulan empat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Selangor di IJM Rimbayu Show Gallery di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Bajet 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Amirudin menjelaskan pihaknya menyambut baik terutama bajet melibatkan projek Aliran Transit Ringan (LRT) bagi jajaran Sentosa Klang hingga Kuala Selangor.

“Sebenarnya kita baru memulakan kajian jajaran stesen LRT dari Sentosa hingga ke Kuala Selangor.

“Kita berharap selepas setahun kita akan mendapat pelan yang lebih baik dan jajaran yang lebih konkrit. Ia selaras Tekad Selangor untuk membina jajaran dari utara Selangor hingga ke Klang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, bajet bagi pembangunan Pelabuhan Pulau Carey adalah selaras dengan Notis Cadangan Pelawaan (RFP) yang telah diumumkan dengan kerajaan negeri telah menyediakan Pelan Induk pembangunan projek itu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI