fbpx

Pemilik restoran rayu gadis kalah dalam cabaran makan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis itu hampir menghabiskan kesemua ayam dalam masa 55 minit. - Sanook

HANOI – Sebuah restoran di Vietnam dikecam netizen selepas menghalang seorang gadis daripada memenangi cabaran makan ayam dengan pantas, lapor laman berita Thaiger semalam.

Restoran itu tmencabar mana-mana pelanggannya  untuk menghabiskan dua dulang ayam goreng dalam masa 90 minit dan menawarkan ganjaran 5 juta dong (RM966) kepada pemenang.

Gadis itu kemudian mengunjungi restoran tersebut untuk menyahut cabaran mereka.

Dalam sebuah klip video yang tular di media sosial Vietnam, gadis itu kelihatan hampir menghabiskan dua dulang ayam goreng dalam masa 55 minit sahaja.

Tiba-tiba, pemilik restoran itu duduk di sebelahnya, menunjukkan riak wajah tidak tenang dan tidak berhenti merungut.

“Keuntungan restoran hari ini, elektrik, air, ayam, kos pekerja perlu diberikan sebagai ganjaran. Satu-satunya cara adalah kamu memuntahkan kembali makanan,” katanya.

Netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana mengeluh apabila pelanggan hampir memenangi cabaran yang ditetapkan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI