fbpx

Peluang Liga M basmi pemain import ‘reject’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON (kanan) antara pemain import yang memiliki kualiti luar biasa yang diperlukan untuk mengangkat martabat saingan Liga M.

PERUBAHAN kalendar Liga Malaysia (Liga M) musim depan mampu meningkatkan kualiti pertandingan dan setiap pasukan berpeluang untuk dapatkan pemain lebih berkualiti khususnya babitkan bintang import.

Memandangkan Liga M bakal selari dengan liga di luar negara, secara positifnya kelab tempatan juga mampu mengelak daripada merekrut ‘awang import buangan’ sekaligus mampu membasmi pembaziran jika pemain yang dibawa tidak capai tahap terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan perubahan kalendar itu akan diumumkan secara rasmi kelak selepas pihaknya mengadakan perbincangan secara menyeluruh.

“Jendela perpindahan kita selari dengan liga utama dunia. Kalau jendela perpindahan kita tidak diterima atau tidak berada dalam blok betul, kita akan hanya terima pemain import yang mungkin tiada pasukan.

“Pergerakan musim ini bukan pergerakan yang dimulakan MFL, tetapi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sendiri. Kita hanya menerima dan sambung apa yang perlu dilakukan untuk liga kita.

“Jika kita tak berubah, ia akan beri impak kepada liga kita dan perubahan ini adalah perubahan yang kita perlu terima. Kita sudah menggerakkan perbincangan dengan pasukan dan maklumkan kepada semua pihak berkepentingan.

“Jadi, saya rasa semua orang faham ini bukan satu transisi yang kita ingin alami tetapi satu perkara yang perlu kita terima,” katanya.

Sebelum ini, Stuart memberikan bayangan bahawa Liga M musim depan akan bermula pada April hingga April 2025 dan pendekatan itu dikatakan terpaksa dibuat bagi memastikan pertandingan ini selari dengan jadual pertandingan AFC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI