fbpx

Konflik Palestin-Israel: Pelampau Yahudi mahu bunuh imam Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEIKH EKRIMA SABRI - Foto Anadolu Agency

BAITULMUQADDIS – Imam Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Sheikh Ekrima Sabri adalah antara berpuluh-puluh penduduk Palestin yang nama dan lokasi mereka disiarkan dalam saluran aplikasi Telegram pelampau Yahudi, menyeru agar dia dibunuh, lapor portal berita Middle East Eye (MME) semalam.

Saluran dikenali sebagai Nazi Hunters 2023 itu menampilkan wajah mereka yang menjadi sasaran untuk dibunuh.

Ketua Pasukan Undang-Undang Sabri, Khaled Zaberqa memberitahu MEE bahawa imam itu telah menghubungi kerajaan Jordan yang merupakan penjaga Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan konsulat Arab di kota  sama untuk memaklumkan  tentang ancaman tersebut.

Zaberqa berkata, ancaman  itu adalah hasutan daripada kumpulan pelampau Yahudi yang disokong oleh anasir  dalam kerajaan Israel.

“Hasutan ini telus dan berbahaya. Hampir setahun Sheikh Ekrima berdepan provokasi berterusan oleh kumpulan pelampau Yahudi yang  secara langsung menghasut pembunuhannya,” kata Zaberqa.

Orang lain yang dikenal pasti dalam saluran Telegram itu termasuk pemimpin agama, tokoh politik, wartawan, pegawai awam, aktivis pelajar dan mereka yang didakwa sebagai ahli Hamas dan pejuang Palestin.

Sabri, 85, adalah bekas ketua mufti Baitulmuqaddis, ketua Majlis Tertinggi Islam dan salah seorang imam utama di Al-Aqsa dan telah menyampaikan khutbah Jumaat di sana sejak awal tahun 1970-an lagi selain pernah ditangkap beberapa kali oleh tentera Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI