fbpx

PDRM umum 23 pertukaran pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran seramai 23 pegawai kanan mereka yang berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Timbalan Pesuruhjaya Sarawak iaitu Datuk Mancha Anak Ata memangku jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak, manakala tempatnya akan diganti oleh Deputi Komisioner Datuk Ibrahim Darus.

Seterusnya, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA, Datuk Muhammad Abdul Halim pula dilantik sebagai Ketua Polis Perlis manakala tempatnya diisi oleh Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

“Ketua Penolong Pengarah D3 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus dilantik sebagai Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ Bukit Aman manakala Datuk Pahlawan Shazeli Kahar ditukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman.

“Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman SAC Nik Ezanee Mohd Faisal akan menggalas jawatan sebagai Penolong Pengarah di Cawangan Khas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, pertukaran lain turut melibatkan Penolong Pengarah Cawangan Khas SAC Azman Omar yang menggantikan Nik Ezanee manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamarulzaman Elias menggalas jawatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI