DI pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad lalu, Azharina menerima kritikan hebat daripada para juri tetapi tidak dalam media sosial.
Bukan hanya ramai yang mempertahankan nyanyiannya tetapi persembahan sebenarnya Azharina dipuji ramai. Penggunaan ‘payung berkelambu’ hitam ketika mendendangkan lagu Sayang Disayang nyanyian asal Rubiah ternyata menarik perhatian.
Dari situ, ramai pencipta kandungan mula menghasilkan video parodi berpayung kelambu seperti Azharina ikut kreativiti masing-masing. Payung tersebut dikatakan cara menyelamatkan diri daripada gigitan nyamuk.
“Ini idea bagus kalau jalan-jalan pergi ke tempat berisiko banyak nyamuk.
“Mesti selepas ini akan lebih ramai yang muncul menyanyi bersama payung, kreatif!” komen netizen.