fbpx

Lubang maut tunggu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Airin Fasehah menunjukkan takungan air di dalam longkang di Taman Guru, Kuantan semalam.

KUANTAN – Air bertakung di sekitar Taman Guru di sini termasuk ekoran keadaan longkang yang tidak sempurna me­nimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna kerana persekitaran yang berbau busuk selain dibimbangi menjadi pembiakan nyamuk aedes.

Seorang penduduk Wan Rafidah Razali, 47, berkata, masalah longkang bertakung di sekitar kawasan perumahan berkenaan berlaku sejak sekian lama dan menimbulkan ketidakselesaan.

“Bukan sahaja kotor dan berbau, malah dengan trend peningkatan wabak denggi di daerah Kuantan ia mendedahkan risiko keselamatan kepada kami,” katanya.

Razif Mustafa, 50, berkata, ada takungan air bagaikan jerangkap samar terutamanya kepada kanak-kanak.

“Saya tidak pasti lubang apa, namun ia sememangnya dalam, dan saya risau apabila melihat kanak-kanak bermain berhampiran lubang berkenaan,” katanya.

Airin Fasehah Ahmad Fikri, 14, berkata, dia dan rakan-rakannya sering bermain di kawasan berhampiran longkang termasuk ‘lubang air’ setiap petang.

Katanya, meskipun tiada kejadian terjatuh ke dalam lubang itu lagi, namun tindakan perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI