fbpx

LTAPP sudah terlalu sesak, mohon segera projek pembesaran – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon disegerakan kerja-kerja pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) supaya masalah kesesakan dapat diatasi sekali gus menunjukkan imej bertaraf antarabangsa kepada pelancong asing ke negeri ini.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, projek pembesaran LTAPP adalah perkara yang paling mendesak ketika ini bagi tujuan menangani masalah peningkatan jumlah penumpang di lapangan terbang tersebut.

“Walaupun pada awal tahun ini sudah diumumkan (projek pembesaran LTAPP) namun terkini kita dapat jawapan dari Parlimen yang ia cuma boleh dilaksanakan menjelang September tahun depan.

“Ini mungkin ada sedikit kecewa bukan apa kerana lapangan terbang sudah terlalu sesak dan memberi satu imej yang tidak baik kepada pelancong.

“Kita bangga Pulau Pinang sebagai hab elektrik dan elektronik ini yang bertaraf antarabangsa tetapi apabila sampai ke lapangan terbang, ia tidak membayangkan standard itu. Jadi kita berharap kerja-kerja ini dapat disegerakan dan dibawa ke hadapan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Untuk rekod, kerja pembesaran LTAPP itu telah tertangguh selama dua tahun berikutan penukaran kerajaan pada tahun 2020.

Berhubung pengumuman Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, Kon Yeow turut menyambut baik usaha kerajaan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak bagi membina membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara.

“Bagi kita ini bukan satu persaingan sebab Pulau Pinang memang memberi fokus kepada industri-industri yang kita dapat menampung.

“Jadi, dengan limpahan ke Perak Utara ia sebenarnya memperkukuhkan ekosistem dan memperluaskan rantau industri kita dari sebahagian Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak Utara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI