fbpx

Lelaki hilang ditemui terapung dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui terapung di dalam longkang di Miri hari ini

MIRI – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di hutan Desa Senadin, Jalan Lakeshore Villa di sini semalam ditemukan terapung di dalam longkang pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, mayat mangsa berusia 33 tahun itu dijumpai oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 9 pagi iaitu berdekatan Jalan Sena 1 dengan jarak kira-kira 1.5 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Pasukan BBP Lutong yang tiba di lokasi selepas menerima laporan mengenai penemuan mangsa bertindak mengangkat mayatnya dan seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa kira-kira pukul 9 malam tadi.

Katanya, menurut adik ipar mangsa, kali terakhir mangsa dilihat melalui kamera litar tertutup (CCTV) jiran di hadapan rumah adalah pada pukul 10.48 malam Khamis lalu.

Menjelas lanjut, Henry berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa berkemungkinan hilang di kawasan perkuburan lama yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Bagaimanapun, katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan semalam gagal menjumpai mangsa dan kemudian diteruskan pagi tadi melibatkan pasukan bomba dan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI