TEL AVIV – Tentera darat dan kereta kebal Israel melancarkan beberapa ‘serbuan bersasar’ di Gaza, lapor akhbar Guardian, awal pagi tadi.
Ia merupakan petunjuk pertama perubahan strategi daripada serangan udara kepada pencerobohan darat.
“Israel melancarkan beberapa serangan bersasar dalam tempoh 24 jam lalu”, kata ketua jurucakap tenteranya.
Unit infantri dan kereta kebal mengambil bahagian, bertujuan untuk mengesan kru roket serta tebusan, kata Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu taklimat yang disiarkan televisyen Israel.
Sekurang-kurangnya 120 tebusan masih ditawan di Gaza, kata pihak tentera. – AGENSI