fbpx

Konflik Palestin-Israel: Rejim Zionis gugur 6,000 bom seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga Palestin melarikan diri di tengah-tengah runtuhan bangunan selepas serangan udara Israel di kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza pada 9 Oktober lalu. - AFP

TEL AVIV – Tentera Udara Israel (IAF) menyatakan bahawa pihaknya menjatuhkan kira-kira 6,000 bom menyasarkan kumpulan Hamas di Gaza sejak konflik baharu tercetus Sabtu lalu.

Agensi berita Anadolu melaporkan, bilangan itu hampir menyamai jumlah bom yang digunakan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan dalam tempoh setahun.

Seorang penasihat tentera sebuah organisasi Belanda, PAX for peace, Marc Galacso berkata, Israel ‘menjatuhkan dalam masa kurang seminggu jumlah bom yang digunakan AS di Afghanistan dalam tempoh setahun di kawasan padat penduduk di mana ‘kehancuran dijangka lebih besar’.

Galasco yang juga merupakan bekas penasihat jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Libya memberitahu akhbar The Washington Post, memetik rekod Markas Pusat Tentera Udara AS (USAFCENT) bahawa jumlah tertinggi bom yang dijatuhkan dalam setahun perang di Afghanistan adalah lebih daripada 7,423 butir.

Menurut PBB, sepanjang perang di Libya, Pertubuhan Perjanjian Atlantk Utara (NATO) melaporkan bahawa sebanyak 7,600 bom dan peluru berpandu digugurkan dari pesawat.

Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan udara Rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung telah meningkat kepada 1,537 orang, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Jumlah itu termasuk 500 kanak-kanak dan 276 wanita dengan 6,612 orang cedera.

Sebagai perbandingan, gabungan anti-ISIS antarabangsa menggugurkan purata 2,500 butir bom sebulan, merentasi kawasan sejuah 46,000 kilometer persegi di Syria dan Iraq. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI