fbpx

Konflik Israel-Palestin: Staf diplomatik Yahudi ditikam di Beijing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan Kedutaan Israel ditikam oleh warga asing (berbaju putih) di Beijing semalam. - Foto X/Bree Dail

BEIJING – Seorang kakitangan Kedutaan Israel di Beijing, China ditikam oleh seorang penyerang berusia 50 tahun di jalanan semalam, lapor portal berita metro.co.uk.

Polis menahan penyerang yang disifatkan sebagai warga asing, manakala Israel mengesahkan kakitangan tersebut  stabil di sebuah hospital.

Motif serangan tidak didedahkan dan berlaku berhampiran Kedutaan israel. Insiden berlaku selepas Israel mengkritik kenyataan China berikutan Rejim Zionis membedil Gaza pada Sabtu minggu lalu.

Polis China masih menyiasat kejadian tersebut.

Klip video yang tidak disahkan kesahihannya di laman  X menunjukkan seorang lelaki berlumuran darah terbaring di kaki lima jalan dan memberitahu orang ramai bahawa dia berasal dari Kedutaan Israel.

Dalam video sama, kedengaran suara seorang anggota dari balai polis Xinyuanli yang terletak di timur laut Beijing memperkenalkan dirinya.

Kelmarin  Duta Israel ke China, Rafi Harpaz bercakap dengan utusan China untuk Asia Barat, Zhai Jun untuk menyatakan kekecewaan mendalam Tel Aviv terhadap komen Beijing mengenai serangan Hamas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI