fbpx

Ketua rumah panjang hilang disambar buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pencarian dilakukan penduduk kampung selepas mangsa dibaham buaya di sungai berhampiran Rumah Panjang Baloi, Skim Skrang, Betong hari ini.

BETONG – Seorang Tuai Rumah (ketua rumah panjang) di sini hilang selepas dibaham buaya di sungai berhampiran Rumah Panjang Baloi, Skim Skrang di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.28 pagi tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

Katanya, menurut laporan daripada penduduk kampung, mangsa yang berusia 67 tahun sedang berada di tebing sungai untuk mengisi air ke dalam pam penyembur bagi meracun rumput di kawasan sawit dan sawah padi.

“Isteri mangsa yang berada tidak jauh melihat seekor buaya telah menyambar suaminya lalu membawanya ke lubuk sungai iaitu kira-kira 200 meter ke hulu sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah ketika penduduk kampung sedang melakukan pencarian mangsa, mereka turut menemui bangkai seekor buaya, tetapi tidak menemui jasad mangsa berhampiran kawasan berkenaan.

Susulan itu, katanya pasukan BBP Betong yang tiba setelah berjalan kaki sejauh tiga kilometer untuk ke lokasi segera melakukan pencarian bersama penduduk kampung.

“Operasi bersama 31 orang penduduk kampung menggunakan lapan buah bot dan tiga orang penduduk kampung melakukan selaman di tebing sungai dengan diawasi oleh pihak polis,” katanya.

“Operasi pencarian masih dilakukan di kawasan Lubok Tekam iaitu lokasi mangsa dilepaskan dari mulut buaya berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI