fbpx

Kejohanan Olahraga MSSM Ke-63 bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atlet-atlet yang menyertai kejohanan olahraga MSSM kali ke-63 mengadakan sesi latihan ringan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Seramai 1,900 orang atlet akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-63 yang berlangsung di negeri ini selama lima hari bermula esok.

Bakal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi dan fasiliti di Universiti Sains Islam Malaysia dekat Nilai, kesemua atlet dari 16 kontinjen seluruh negara itu akan merebut sebanyak 470 pingat daripada 24 jenis acara yang dipertandingkan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Dr. Roslan Husin berkata, kesemua peserta terdiri atlet lelaki dan perempuan berusia antara 12 hingga 18 tahun.

“Kejohanan ini merupakan yang terbesar dalam kalendar sukan kebangsaan bagi peringkat akar umbi. Kami berharap kejohanan ini menjadi platform meraih kejayaan dan pengalaman berguna kepada para atlet,” katanya.

Katanya, acara sukan padang yang akan dipertandingkan termasuklah lempar cakera, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, rejam lembing, lompat kijang, lombol bergalah dan tukul besi manakala
acara balapan pula melibatkan jalan kaki, larian 100 meter (m), 200m, 400m, 1,500 m, 4×100 m, 4×200 m, 4×400 m, lari berpagar dan lari berhalangan.

Majlis perasmian pembukaan kejohaan itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI