PETALING JAYA – Akibat bengang dengan perbuatan seorang guru yang selalu menegur anaknya yang gagal menyiapkan kerja sekolah, seorang ibu bertindak ‘menghantar’ sihir kepada wanita tersebut.
Lebih menyedihkan perbuatan itu menyebabkan guru tersebut mengalami lumpuh separuh badan dan hampir membunuh diri.
Kisah menyayat hati tersebut telah dikongsikan seorang pengamal perubatan Islam, Puan Rohfa Perawat Ar Syifa menerusi aplikasi TikToknya.
Menurutnya, akibat perbuatan ibu pelajar itu juga, guru tersebut turut mengalami hilang daya ingatan.
“Bukan senang jadi tenaga pengajar, silap sikit dimaki, dimarah oleh ibu bapa pelajar dan ada yang sampai disihir, Allahuakbar.
“Disihir sampai tiada semangat mengajar di sekolah dan tubuh badan kerap sakit serta ada lebam,” katanya.
Cerita perawat itu lagi, fikiran pesakit menjadi ‘blur’ (kosong) sampai tidak tahu buat kerja serta selalu mendengar bisikan ‘aku akan seksa kau’.
Malah katanya, apabila malam pesakit akan mengamuk dan meracau sehingga bertindak untuk membunuh diri.
“Selalu nampak kelibat pocong dalam rumah dan selalu bau busuk. Lepas asar badan jadi mengigil dan kesejukan, badan pun jadi mengeras macam kena ikat.
“Sesak nafas dan batuk tak henti, adal kalanya sampai keluar ketulan darah. Dalam perut macam kena hiris dengan pisau, malam memang tak boleh nak tidur,” kata perawat terbabit. – KOSMO! ONLINE
@rohfaperawatarsyifa TEMUI SAYA DI TEMERLOH PADA SABTU 14/OCT/2023. #sihir #santau #saka #anxiety #depression #gangguanjin #dawai #temerloh #kuantan #rompinpahang #rawatanislam #rawatanarsyifaalmustaqim #fypシ #racuntiktok #beranda ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan