fbpx

Belanjawan 2024 dicerakin secara komprehensif – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

GUA MUSANG – Belanjawan 2024 sudah dicerakin dengan cukup komprehensif sebelum dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Belanjawan 2024 bukan dilihat dalam kontek keperluan semasa sahaja, sebaliknya ia diteliti untuk jangka pendek dan sederhana.

Menurutnya, pelan jangka panjang sudah termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) apabila penilaian dibuat setiap tahun.

“Saya lihat Belanjawan 2024 lebih baik berbanding sebelum ini apabila jurang pendapatan melibatkan golongan miskin tegar berjaya dikurangkan.

“Belanjawan kali ini membabitkan semua golongan rakyat di negara ini. Sebagai contoh, pegawai kerajaan dan kakitangan bawah Gred 56 semuanya diberi bonus sebanyak RM2,000,” kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, selain itu, pemberian insentif bonus turut diberikan kepada tentera yang berpencen dan tidak berpencen.

Menurutnya, sehubungan itu, semua pihak diminta supaya tidak terus mempolitikkan soal Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

“Meskipun berbeza perjuangan parti, semua pihak perlu bersatu dan tidak mempolitik isu berkenaan terutamanya melibatkan soal ekonomi selain imej negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI