fbpx

Alam Flora capai 82 peratus kutipan barangan kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azahari Zainal Abidin (kanan) dan Datuk Razihan Adzharuddin (tengah) menyempurnakan majlis pelancaran Karnival Saya Sayang Bumi di Taman Gelora, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) berjaya mencapai 82 peratus kutipan barangan kitar semula di daerah ini sejak Pusat Pandu Lalu Belian Semula (DTRC) di Taman Gelora diwujudkan dua tahun lalu.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Alam Flora berjaya mengutip sebanyak 40 tan barangan kitar semula menerusi kegiatan jual balik di pusat belian semula kitar semula di Taman Gelora dan di pusat bandar Kuantan serta program ‘Trash to Cash’ yang dianjurkan di kawasan-kawasan perumahan sekitar Kuantan.

Ketua Pegawai Operasi Alam Flora, Azahari Zainal Abidin berkata, jumlah kutipan itu meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 22 tan.

Katanya, peningkatan tersebut merupakan pencapaian membanggakan bagi anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) itu susulan inisiatif yang diperkenalkan dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam membudayakan amalan kitar semula.

“Dengan adanya pusat ini, penduduk sekitar Kuantan boleh menjual barangan kitar semula mereka di samping menyokong usaha kelestarian alam sekitar dan pemuliharaan sumber-sumber alam yang penting di mana sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Program yang dirancang oleh Alam Flora ini adalah bagi menyokong usaha kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang menetapkan sasaran 40 peratus kadar kitar semula menjelang tahun 2025. Kadar kitar semula negara ketika ini adalah pada tahap 33.1 peratus,” katanya pada majlis pelancaran Karnival Saya Sayang Bumi yang dirasmikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Razihan Adzharuddin di Taman Gelora, di sini, hari ini.

Sementara itu Razihan berkata, penganjuran Karnival Saya Sayang Bumi 2023 yang julung kali diadakan di Kuantan merupakan inisiatif terkini dalam rangka meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar dan menyokong usaha kelestarian alam terutamanya di Pahang.

Katanya, karnival itu dilihat sebagai langkah penting dalam mencapai matlamat menjadikan Kuantan sebagai bandar yang lestari dan mesra alam selain menjadi platform mempromosikan penyertaan aktif masyarakat dalam usaha kelestarian alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI