fbpx

Lega paip dah penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bekalan air kembali pulih sepenuhnya selepas beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan sumber penting tersebut ekoran pencemaran yang berlaku di Sungai Langat pada Selasa lalu.

Air Selangor memaklumkan bekalan air kembali seperti biasa pada pukul 6 pagi tadi, selepas kerja-kerja penambahbaikan, penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat selesai dilakukan.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Air Selangor, para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI