JAKARTA – Seorang pelajar sekolah rendah di Indonesia menanggung malu di hadapan rakan sekelas apabila dia diejek oleh gurunya kerana membawa lauk ulat sagu sebagai bekal.
Laman berita Suara.com melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di sebuah sekolah rendah di Bojonegoro, Jawa Timur. Video mengenainya dimuat naik dalam akaun Instagram @pokilogy.
Seorang pelajar lelaki membuka bekal waktu rehatnya di hadapan seorang guru lelaki sambil diperhatikan rakan-rakan di dalam kelas.
“Ulat ni! Ulat? Tahun 2023 tapi kenapa lauk masih ulat?” kata guru lelaki tersebut kepada pelajar berkenaan yang hanya membalas dengan senyuman.
Kedengaran beberapa pelajar lain mentertawakan budak lelaki itu.
“Tidak mengapa, ini (ulat) protein banyak,” jawab seorang lagi guru.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Bila guru cakap macam tu, kasihan,” komen seorang netizen.
“Kasihan, semoga besar kelak kamu berjaya ya nak,” komen netizen lain. – Agensi