fbpx

Nina, Rebecca pesan, keluarga Shila Amzah kena tahu malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Nina Iskandar dan Rebecca Nur Islam menyuarakan pandangan Shila dan keluarga tidak terus secara terbuka saling memburukkan antara satu sama lain dalam media sosial.

PETALING JAYA – Kisah pergaduhan penyanyi terkenal Shila Amzah bersama ibu dan adik-beradiknya tidak sekadar menuai kecaman dan perdebatan netizen, golongan artis bahkan turut terpanggil meluahkan pandangan.

Dramatis Nina Iskandar antara yang menitipkan pesanan agar pihak terbabot menjaga aib keluarga sendiri.

Sambil  beristigfar, pelakon asal Brunei itu berharap setiap individu mempunyai perasaan malu daripada bertindak membuka pekung masing-masing.

Dia turut menggelarkan kecamuk dalam keluarga Shila tidak ubah seperti apa yang sering disaksikan umum menerusi program realiti terkenal, Keeping Up With The Kardashians.

“Astaghfirullah. Apa ini? Satu lagi keluarga Keeping Up With The Kardashians?

“Hal keluarga haruslah dijadikan sebagai isu privasi.

“Awak harus ada perasaan malu kepada diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, pelakon Rebecca Nur Islam pula berharap kisah keluarga selebriti itu menjadi iktibar pihak lain. Dia berdoa agar Tuhan menutup rapat aib keluarga kitu selain berharap konflik antara keluarga Shila dapat diselesaikan dengan baik.

“Allahuakhbar. Semoga dapat selesaikan dengan baik.

“Semoga Allah S.W.T sentiasa menjaga aib keluarga kita semua. Amin,” ujarnya ringkas.

Selepas beberapa hari platform media sosial kecoh dengan sesi berbalas kenyataan antara anak-anak penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala, hari ini, bekas isterinya yang juga ibu kepada Shila, Fauziah Sarman pula meluahkan perasaan.

Wanita berusia 55 tahun itu menyatakan kekesalan terhadap anak sulungnya yang didakwa tidak bercakap benar mengenai isu penjualan rumah tujuh bilik didiaminya sekarang.

Namun, setelah menerima kecaman hebat, Fauziah segera memadan hantaran tersebut selang beberapa minit selepas memuat naik.

Kontroversi tercetus selepas adik bongsu Shila, Syada mendakwa sedang mencari rumah sewa kerana didakwa dihalau daripada kediaman lamanya.

Rentetan daripada itu, satu demi satu masalah mula terbongkar termasuk dakwaan Shila ingin menjual rumah kerana gilakan harta selain mendedahkan perlu bekerja untuk menanggung ahli keluarga lain sejak menceburi bidang seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI