fbpx

MPM kecewa tiada bajet khusus pembangunan atlet OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman (dua dari kiri) ketika majlis penyampaian pingat APG Kemboja 2023 di Pusat Akuatik Morodok Techo.

PETALING JAYA – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) gusar apabila pihaknya akan kehilangan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke pentas dunia selepas tiada peruntukan khusus diberikan terutama program bagi mencari bakat baharu di peringkat akar umbi. 

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pihaknya hampa apabila peruntukan RM12 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 hari ini hanya untuk program latihan dan persediaan atlet ke temasya sukan para antarabangsa.

Tegas Megat, peruntukan tersebut tidak termasuk bagi mencari bakat baharu di peringkat akar umbi sekali gus menyukarkan pihaknya memandangkan barisan atlet elit yang ada pada ketika ini semakin berkurangan. 

“Tiada peruntukan langsung untuk program akar umbi dan ia sesuatu yang amat mengecewakan bagi kami di MPM dan kesemua 25 persatuan di bawah MPM kerana bajet untuk program akar umbi amat penting.

“Bagi mencari atlet pelapis ia perlu dimulakan dibangku sekolah lagi agar kita mampu menyediakan atlet baharu. Ini satu berita yang hampa juga dan bukan mudah untuk mencari atlet dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU).

“Ketika ini, atlet elit ada yang sudah berumur dan ada yang nak pencan. Pengumuman ini secara tidak langsung memberi satu gambaran seolah-olah yang kerajaan tidak menghargai mereka.

 “Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu bahawa dalam tempoh 4 tahun ini yang membanggakan sukan negara ialah Sukan Paralimpik sendiri,” kata Megat ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -KOSMO! Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI