fbpx

MotoGP: Aprilia sedia halang hasrat besar Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES turut berada dalam senarai pelumba yang dipertimbangkan Honda untuk menggantikan Marquez musim depan. – AFP

JAKARTA – Pasukan Repsol Honda boleh melupakan hasrat mereka untuk menyambar pelumba Aprilia, Maverick Vinales atau Miguel Oliveira bagi menggantikan tempat Marc Marquez pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Aprilia sedia mempertahankan kedua-dua pelumbanya untuk kekal mengemudi jentera RS-GP pada musim depan biarpun ketika ini Honda dikhabarkan telah menghubungi pelumba tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola berkata, pihaknya tetap mempertahankan pelumbanya dan menegaskan bahawa Oliveira masih terikat kontrak sehingga musim depan.

Tegas Rivola, Oliveira tidak mempunyai sebarang klausa dalam kontraknya yang membolehkan dia mendapat pelepasan awal sekiranya me­nerima tawaran pasukan kilang.

“Begitu juga dengan Vinales, saya mahu keempat-empat pelumba saya kekal bersama Apri­lia. Saya tidak akan melepaskan mereka.

“Tiada sebarang klausa dalam kontrak Miguel (Oliveira) yang menyatakan dia boleh menamatkan kontrak lebih awal. Tiada seorang pelumba berbincang dengan saya tentang Honda. Apa yang boleh dikatakan ialah saya mahu mengekalkan semua orang,” katanya.

Honda dilihat dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan pelumba terbaik selepas Marquez membuat keputusan untuk me­ninggalkan pasukan tersebut ­penghujung musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI