fbpx

K2

Rebut hadiah pertandingan fotografi tema Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAHMI FAIEZ (dua dari kiri) dan Rashidi (tiga dari kanan) pada sidang media Pertandingan Fotografi 2023 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

ORANG ramai berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,200 menerusi Pertandingan Fotografi 2023 bertemakan Malaysia Destinasi Pilihan Utama.

Pihak penganjur, NSP Studio Production, Mohd. Fahmi Faiez Mohd. Nor Azmi berkata, pihaknya mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan tersebut dan merakam Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia.

“Pertandingan ini bertujuan mengangkat tema Malaysia sebagai destinasi pilihan utama.

“Kita akan memfokuskan kepada elemen-elemen seperti kesenian, kebudayaan, tempat pelancongan serta makanan.

“Tujuan sebenar kita menganjurkan pertandingan ini adalah untuk memartabatkan, sekali gus mengangkat nilai seni gambar dan jurugambar itu sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Pertandingan Fotografi 2023 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah.

Tambah Mohd. Fahmi Faiez, pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu DSLR/Mirrorless dan telefon bimbit.

“Penyertaan dalam pertandingan ini adalah 100 peratus secara online iaitu melalui pautan yang diberikan.

“Jadi, peserta perlu menghantar penyertaan melalui pautan pada poster pertandingan.

“Mereka juga boleh imbas kod QR yang boleh didapati di laman Facebook NSP Studio Production.

“Peserta hanya perlu membayar yuran pendaftaran RM30 dan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tanpa had.

“Bagi pelajar pula, penyertaan adalah percuma dan anda perlu mengemukakan bukti berupa kad pelajar yang dikeluarkan oleh institusi pendidikan masing-masing,” katanya.

Menurut Mohd. Fahmi Faiez, pihaknya telah menerima lebih daripada 150 penyertaan selepas pertandingan itu diperkenalkan pada awal bulan ini.

Pertandingan tersebut berlangsung sepanjang bulan ini dan tarikh tutup penyertaan pada 23 Oktober ini.

Pengumuman barisan pemenang akan diadakan pada 29 Oktober bertempat di pusat beli-belah Subang Parade, Subang Jaya.

Acara menarik itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Peragawati dan Peragawan Fesyen Malaysia dan Subang Parade sebagai penaja lokasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI