PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak, petang ini.
Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca diramal cerah di negeri lain sehingga pukul tiga petang.
“Di Sarawak, hujan dijangka turun Kuching, Serian (Tebedu), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
“Manakala di Sabah, ribut petir diramal berlaku di Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya menerusi hantaran sama.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE