fbpx

Harimau Malaya jangan cuak jumpa India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON menuntut anak-anak buahnya agar tampil lebih mantap dengan memberi fokus dari minit pertama hingga 90 minit pada aksi menentang India pada Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. – FARIZ RUSADIO

SEMANGAT skuad Harimau Malaya cukup membara menjelang aksi menentang pasukan India yang berada di ranking dunia le­bih baik pada pada aksi Pesta­bola Merdeka di Stadium Nasio­nal Bukit Jalil malam ini.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mahu anak-anak buahnya kekal dengan sikap waspada kerana menganggap The Blue Tigers akan turun dengan corak permainan agresif.

Bagaimanapun, Pan-gon lega kerana barisan pemainnya kini sudah jelas hala tuju dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan pada perlawanan kali ini termasuk misi pertahanan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2013.

“Apa yang kami sudah lakukan beberapa hari lalu dalam latihan, pasukan menunjukkan perkembangan yang bagus. Saya berpuas hati dengan penerimaan pemain terhadap taktikal dan peranca­ngan permainan kami.

“Pemain juga teruja dan penuh yakin untuk menghadapi perlawanan esok (hari ini). Namun, semua sedar bahawa India berada di ranking lebih baik dan kita tahu mereka agresif dan pa­sukan yang bekerja keras.

“Mereka akan jadi lawan sukar, jadi kami perlu tampil lebih mantap dengan memberi fokus dari minit pertama hingga 90 minit,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Berdasarkan 23 pertemuan sebelum ini, Malaysia mencatatkan sembilan kemenangan dan tujuh kali seri, menyaksikan India lebih mengatasi Harimau Malaya pada pertemuan terakhir pada tahun 2011.

Di sebalik khabar gembira mengenai status terkini ­Stuart Wilkin, Pan-gon tidak dapat menggunakan khidmat Paulo Josue selepas kapten Kuala Lumpur City itu mengalami demam denggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI