fbpx

EPL: Maddison dakwa rentak Spurs terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADDISON mengakui prestasinya berada pada tahap terbaik selepas menyertai Spurs musim ini. - AFP

LONDON – Pemain tengah Tottenham Hotspur, James Maddison mendakwa bahawa kalender aksi antarabangsa kali ini mengganggu momentum pasukannya yang berjaya memulakan musim ini dengan prestasi cemerlang.

Spurs berjaya melonjak ke kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris ketika ini selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Luton Town pada perlawanan Sabtu lalu ketika Maddison berjaya mencipta umpanan gol yang disudahkan oleh Micky Van De Ven.

Kemenangan itu juga menyaksikan Spurs berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah setakat lapan perlawanan termasuk kejayaan menewaskan Sheffield United dan Liverpool selepas cuti rehat antarabangsa bulan lalu.

Maddison mengakui peluang menyertai skuad England adalah suatu yang hebat buatnya, namun mengakui agak kecewa apabila aksi antarabangsa kali ini menyebabkan progres momentum Spurs terganggu.

“Anda tidak akan sesekali menolak peluang bersama pasukan negara. Tetapi, pasukan kelab saya ketika ini sedang berada pada tahap terbaik, kami tidak tewas dalam lapan perlawanan dan momentum begitu cemerlang.

“Bulan lalu, kami kembali dari aksi antarabangsa, berjaya mempamerkan aksi terbaik dan memenangi aksi ketika menentang Sheffield. Saya berharap kami mampu untuk melakukannya lagi selepas aksi antarabangsa kali ini,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu juga percaya bahawa dia sedang berada pada prestasi paling baik dalam karier ketika ini.

“Sejak beberapa tahun lalu saya bekerja keras dan cuba bermain dengan baik. Selepas menyertai Spurs, saya fikir saya berjaya bermain pada tahap terbaik yang tidak pernah saya lalui sebelum ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI